GOOD NEWS!

Assalamualaikum & salam 1Malaysia

Setelah selesai seisi kelas tajaan 2012, Rekamaju Beauty Sdn Bhd tidak putus dengan rezeki yang melimpah ruah dan sekali lagi diberi kepercayaan dan peluang untuk menganjurkan kursus kecantikan dan dandanan rambut.

Seisi baru yang akan bermula pada Februari 2013 akan diadakan di akademi Rekamaju Beauty di Klang, Selangor.
Kursus yang ditawarkan adalah kursus Kecantikan Tahap 1 & 2 dan juga kursus Dandanan Rambut Tahap 1 &2.
Kursus-kursus ini ditaja sepenuhnya oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Kepada yang berminat, sila hubungi pihak Rekamaju Beauty sekarang dan rebutlah peluang ini untuk belajar secara PERCUMA!
Elaun bulanan sebanyak RM300 akan diberikan kepada pelajar yang berjaya mendaftar untuk menyertai kursus-kursus tersebut.
Anda hanya perlu membayar Kos pendaftaraan sebanyak RM200 sahaja.

Hubungi kami di talian 017-2057535 / 03-56340642 atau hantarkan sebarang pertanyaan ke alamat email rekamajubeauty@gmail.com

Tahun baru, azam baru!

Happy New Year 2013 kepada semua..
We have a good news to share with you. We have received an allocation from Malaysian government to conduct classes on beauty & hairstyling.

Stay tuned for more info..coming soon!

Salam lebaran



Assalamualaikum

Hanya tinggal dua hari sahaja lagi kita akan menyambat kedatangan Syawal. Sedih dan terharu untuk meninggalkan Ramadhan yang penuh mulia. Semoga Allah sentiasa memberi bekerkatan kepada kita.
Di hari-hari terakhir Ramadhan, pasti ramai juga yang seronok membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Tidak sah rasanya sekiranya tidak membeli baju atau kasut baru untuk beraya ye..biarlah kita berpada-pada semasa membeli belah kerana yang paling penting adalah kegembiraan yang bakal di nikmati kerana dapat berkumpul bersama sanak saudara dan sahabat handai sambil menjamu selera.

Kami dari warga kerja dan keluarga Rekamaju Beauty Sdn Bhd ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Kami pohon kemaafan atas segala keterlanjuran dan kekasaran sama ada yang disedari atau tidak disedari. 
Sentiasa beringat dan berhati-hati di jalan raya...ingatilah mereka yang tersayang.

Wassalam




Malaysia's Little England

Salam 1Malaysia!

Guess what? Kami kini berada di Little England atau nama sebenarnya Bukit Fraser yang terletak di Negeri Pahang. Sejuk! Best!!!




Setelah penat  berhempas pulas bejalar di akademi Rekamaju Beauty, kami membawa pelajar-pelajar untuk bersantai dan merehatkan minda buat seketika.
Sekembali nanti, semua pelajar kena belajar bersungguh-sungguh lagi yeeee....:))
Nantikan gambar-gambar kami pada update akan datang...stay tuned!
Wassalam.

Out and about @ Putrajaya

Salam...
Kami berkesempatan untuk membawa pelajar-pelajar Rekamaju yang berasal dari Sabah untuk berjalan-jalan makan angin di sekitar Putrajaya. Ternyata semua pelajar amat teruja dan gembira dapat melihat dengan mata sendiri betapa hebat dan unggulnya bangunan-bangunan Kompleks Kerajaan dan kawasan sekitarnya. Kami juga berpeluang untuk menghayati keindahan tasik Putrajaya dan Masjid Putrajaya yang tersergam indah. Ini merupakan lawatan pertama yang dianjurkan oleh pihak Rekamaju kepada pelajar Sabah. Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan kepada semua pelajar bagi menggalakkan hubungan rapat sesama pelajar dan tenaga kerja Rekamaju Beauty. Di samping itu, minda yang cergas dan cerdas dapat membantu untuk menjana pelajar cemerlang!