Salam lebaran



Assalamualaikum

Hanya tinggal dua hari sahaja lagi kita akan menyambat kedatangan Syawal. Sedih dan terharu untuk meninggalkan Ramadhan yang penuh mulia. Semoga Allah sentiasa memberi bekerkatan kepada kita.
Di hari-hari terakhir Ramadhan, pasti ramai juga yang seronok membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Tidak sah rasanya sekiranya tidak membeli baju atau kasut baru untuk beraya ye..biarlah kita berpada-pada semasa membeli belah kerana yang paling penting adalah kegembiraan yang bakal di nikmati kerana dapat berkumpul bersama sanak saudara dan sahabat handai sambil menjamu selera.

Kami dari warga kerja dan keluarga Rekamaju Beauty Sdn Bhd ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Kami pohon kemaafan atas segala keterlanjuran dan kekasaran sama ada yang disedari atau tidak disedari. 
Sentiasa beringat dan berhati-hati di jalan raya...ingatilah mereka yang tersayang.

Wassalam




No comments: