Salam...
Kami berkesempatan untuk membawa pelajar-pelajar Rekamaju yang berasal dari Sabah untuk berjalan-jalan makan angin di sekitar Putrajaya. Ternyata semua pelajar amat teruja dan gembira dapat melihat dengan mata sendiri betapa hebat dan unggulnya bangunan-bangunan Kompleks Kerajaan dan kawasan sekitarnya. Kami juga berpeluang untuk menghayati keindahan tasik Putrajaya dan Masjid Putrajaya yang tersergam indah. Ini merupakan lawatan pertama yang dianjurkan oleh pihak Rekamaju kepada pelajar Sabah. Banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan dianjurkan kepada semua pelajar bagi menggalakkan hubungan rapat sesama pelajar dan tenaga kerja Rekamaju Beauty. Di samping itu, minda yang cergas dan cerdas dapat membantu untuk menjana pelajar cemerlang!
No comments:
Post a Comment