Introduction

Rekamaju Beauty mula beroperasi sejak Julai 2009 dan telah mendapat kelulusan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kementerian Kewangan (Ministry of Finance) untuk menganjurkan kursus-kursus kecantikan dan dandanan rambut. Tujuan syarikat ini ditubuhkan adalah untuk membantu masyarakat yang kurang berkemampuan dan berminat untuk belajar di dalam bidang kemahiran. Kami mengalu-alukan ibu-ibu tunggal dan remaja-remaja untuk menyertai kursus-kursus yang kami tawarkan.

Kami dengan sukacitanya ingin memaklumkan bahawa kursus-kursus ini adalah ditaja sepenuhnya oleh pihak Agensi Kerajaan atau Swasta. Tajaan ini termasuklah penginapan, elaun makan dan elaun harian.

Kursus-kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang telah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran adalah seperti di bawah:
1) Jurukecantikan Tahap 1
2) Juruestetik Tahap 2
3) Pendandan Rambut Muda Tahap 1
4) Pendandan Rambut Tahap 2
5) Kursus motivasi, dandanan diri dan rawatan badan SPA
Selain itu, kami jugak menyediakan khidmat make-up untuk pengantin-pengantin baru.







No comments: